"ยินดีต้อนรับ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU أهلا وسهلا ومرحبا بكم"



วันเสาร์ที่ 25 พฤษภาคม พ.ศ. 2556

BAJU RAYA AIDIL FITRI 1434 / 2013


Baju Jubah bagi pelajar Yatim Sekolah Menengah

Baju Melayu bagi pelajar Yatim Sekolah Rendah




KEMPEN RAMADHAN 1434  AYATA
“ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”

24 Mei 2013  bersamaan  14 Rejab 1434

Al-Hamdulillah, meneruskan tradisi membantu mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadhan, Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA) sekali lagi tampil menganjurkan Kempen Ramadhan 1434. “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.

Tahun lalu, berkat sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, AYATA telah dapat mengumpul dan mengagihkan dana melebihi  RM 6,500. (Enam Ribu Lima Ratus Ringgit Malaysia),Pihak AYATA telah menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan baik dan menyambut Aidilfitri dengan baju raya baru penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Pada tahun ini, AYATA mensasarkan untuk melipat ganda lagi jumlah keluarga dan masyarakat yang bakal dibantu. Sumbangan kali ini adalah menaja pek makanan untuk keluarga yang kurang mampu, Majlis Iftar Ramadhan dan Baju Raya Aidilfitri.

AYATA  menyeru  semua  lapisan masyarakat untuk  tampil  membantu  mereka yang kurang  mampu dengan  mengambil  keberkatan  Ramadhan yang akan tiba nanti. AYATA  juga  mengalu-alukan  kerjasama  dari  pelbagai  organisasi, pertubuhan dan perseorangan  dalam menjayakan program “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.
Sumbangan anda boleh disalurkan kepada mana - mana  AJK AYATA atau melalui:    
                 Bank Islam Malaysia Berhad.          Cawangan  :  BIMB Kota Bharu 11

       No. Akaun: 03-036-02-064329-2     Nama  : Nawawi  Junoh


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web.www. ayata-taba.blogspot.com.
atau facebook : ayata.  atau emelkan ke  na-ayata@hotmail.com. (H/P: 017-9186467)

            Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa AYATA  sentiasa  berdoa  semuga Allah  menambahkan lagi rezeki anda semua dan juga kaum Muslimin dan Muslimat  sekalian.  Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء 

“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG
PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN”




 





Kepada :  Muslimin dan Muslimat                

Perkara : Pakaian Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M

          Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal, (AYATA) Takbai, Narathiwas, Selatan Thailand akan membahagi pakaian hari Raya Aidil-Fitri kepada anak yatim di bawah jagaan kami seramai  108  orang dan fakir miskin seramai  22  orang (Jumlah semua 130 orang) yang sedang belajar di sekolah di kawasan Bandaran Takbai dan juga sekolah Maahad Nuruddin. InsyaAllah kami akan membahagi pakaian hari raya kepada anak yatim dan fakir miskin pada hari Sabtu 18  Ramadhan 1434  bersamaan  27  julai  2013.  Bertempat di Masjid Jamik Tabal, Takbai,  Jam: 10 pagi.

            Oleh itu, kami berseru kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari yang mahu berkongsi menderma dan memberi bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin dalam bentuk pakaian hari raya, maka bolehlah berhubung dengan ahli jawatankuasa anak yatim atau pengurus anak yatim Tabal yang bertempat di bangunan Anak Yatim Tabal (AYATA).

 Untuk Maklumat kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari

            1. Baju lelaki atau perempuan                          RM:  50.00      sepasang
            2. Anak Yatim,Fakir miskin dan Mualaf                     130         orang
            3. Jumlah perbelanjaan semua                        RM:  6,500.

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:


Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan  :  BIMB Kota Bharu 11
No. Akaun :    03-036-02-064329-2
Nama        :      Nawawi  Junoh

            Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa Anak Yatim Tabal sentiasa berdoa semuga Allah menambahkan lagi rezeki kepada Saudara, Saudari, Muslimin dan Muslimat sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء 

Sekian Terima Kasih
Yang Benar




( Nawawi  Yunus )
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa
Tel : 017-9186467 / 013-9355985

" Badan Kebajikkan Anak Yatim Tabal sedang mencari DERMA MEMBELI KEBUN KELAPA SAWIT sebagai harta wakaf"
Listen to Quran