"ยินดีต้อนรับ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU أهلا وسهلا ومرحبا بكم"



วันเสาร์ที่ 25 พฤษภาคม พ.ศ. 2556

BAJU RAYA AIDIL FITRI 1434 / 2013


Baju Jubah bagi pelajar Yatim Sekolah Menengah

Baju Melayu bagi pelajar Yatim Sekolah Rendah




KEMPEN RAMADHAN 1434  AYATA
“ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”

24 Mei 2013  bersamaan  14 Rejab 1434

Al-Hamdulillah, meneruskan tradisi membantu mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadhan, Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA) sekali lagi tampil menganjurkan Kempen Ramadhan 1434. “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.

Tahun lalu, berkat sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, AYATA telah dapat mengumpul dan mengagihkan dana melebihi  RM 6,500. (Enam Ribu Lima Ratus Ringgit Malaysia),Pihak AYATA telah menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan baik dan menyambut Aidilfitri dengan baju raya baru penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Pada tahun ini, AYATA mensasarkan untuk melipat ganda lagi jumlah keluarga dan masyarakat yang bakal dibantu. Sumbangan kali ini adalah menaja pek makanan untuk keluarga yang kurang mampu, Majlis Iftar Ramadhan dan Baju Raya Aidilfitri.

AYATA  menyeru  semua  lapisan masyarakat untuk  tampil  membantu  mereka yang kurang  mampu dengan  mengambil  keberkatan  Ramadhan yang akan tiba nanti. AYATA  juga  mengalu-alukan  kerjasama  dari  pelbagai  organisasi, pertubuhan dan perseorangan  dalam menjayakan program “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.
Sumbangan anda boleh disalurkan kepada mana - mana  AJK AYATA atau melalui:    
                 Bank Islam Malaysia Berhad.          Cawangan  :  BIMB Kota Bharu 11

       No. Akaun: 03-036-02-064329-2     Nama  : Nawawi  Junoh


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web.www. ayata-taba.blogspot.com.
atau facebook : ayata.  atau emelkan ke  na-ayata@hotmail.com. (H/P: 017-9186467)

            Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa AYATA  sentiasa  berdoa  semuga Allah  menambahkan lagi rezeki anda semua dan juga kaum Muslimin dan Muslimat  sekalian.  Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء 

“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG
PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN”




 





Kepada :  Muslimin dan Muslimat                

Perkara : Pakaian Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M

          Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal, (AYATA) Takbai, Narathiwas, Selatan Thailand akan membahagi pakaian hari Raya Aidil-Fitri kepada anak yatim di bawah jagaan kami seramai  108  orang dan fakir miskin seramai  22  orang (Jumlah semua 130 orang) yang sedang belajar di sekolah di kawasan Bandaran Takbai dan juga sekolah Maahad Nuruddin. InsyaAllah kami akan membahagi pakaian hari raya kepada anak yatim dan fakir miskin pada hari Sabtu 18  Ramadhan 1434  bersamaan  27  julai  2013.  Bertempat di Masjid Jamik Tabal, Takbai,  Jam: 10 pagi.

            Oleh itu, kami berseru kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari yang mahu berkongsi menderma dan memberi bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin dalam bentuk pakaian hari raya, maka bolehlah berhubung dengan ahli jawatankuasa anak yatim atau pengurus anak yatim Tabal yang bertempat di bangunan Anak Yatim Tabal (AYATA).

 Untuk Maklumat kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari

            1. Baju lelaki atau perempuan                          RM:  50.00      sepasang
            2. Anak Yatim,Fakir miskin dan Mualaf                     130         orang
            3. Jumlah perbelanjaan semua                        RM:  6,500.

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:


Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan  :  BIMB Kota Bharu 11
No. Akaun :    03-036-02-064329-2
Nama        :      Nawawi  Junoh

            Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa Anak Yatim Tabal sentiasa berdoa semuga Allah menambahkan lagi rezeki kepada Saudara, Saudari, Muslimin dan Muslimat sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء 

Sekian Terima Kasih
Yang Benar




( Nawawi  Yunus )
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa
Tel : 017-9186467 / 013-9355985

วันจันทร์ที่ 11 มีนาคม พ.ศ. 2556

วันศุกร์ที่ 16 พฤศจิกายน พ.ศ. 2555

BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR AYATA 1434




Pada 2 Muharam 1434 bersamaan 16 Nov 2012 AYATA mengadakan Bengkel Kepimpinan Pelajar AYATA . Peserta perempuan seramai 15 orang.Penceramah oleh Encik Wan Ab.Rahman Wan Husin dari Global Peace Mission Malaysia. bersama ABIM Kelantan. selam sehari sahaja.









Pada 2 Muharam 1434 bersamaan 16 Nov 2012 AYATA mengadakan Bengkel Kepimpinan Pelajar AYATA . Peserta perempuan seramai 15 orang.Penceramah oleh Encik Wan Ab.Rahman  Wan Husin dari Global Peace Mission Malaysia. bersama ABIM Kelantan. selam sehari sahaja.

วันจันทร์ที่ 29 ตุลาคม พ.ศ. 2555

PROGRAM QURBAN AYATA 1433 / 2012 / 2555

         AYATA mengucap ribuan terima kasih kepada penderma yang menderma Lembu Qurban kepada AYATA, Lebih-lebih lagi kepada Wan Ab.Rahman  Wan Hussin dari Global Peace Mission Malaysia (GPM) serta rombongannya, Mereka datang berhari raya Aidil Adha  bersama anak yatim dan masyarakat kampung di Tabal, Takbai, Narathiwat Selatan Thailand, Pada tahun ini AYATA mendapat 6 ekor Lembu, 2 ekor daripada GPM,  1 ekor daripada TV YATEEM BANGKOK, 3 ekor daripada masyarakat Kampung Tabal.
 Pengerusi AYATA sendiri yang menyembelih Lembu Qurban
 Penyebelihan disaksi oleh Wan Ab.Rahman (GPM)
dan Mohamad Muhsin dari Turki


 Inilah satu-satu kenderaan yang AYATA punya.Insyaalh kepada
penderma yang mahu menderma Kenderaan di alu-alukan
 Wan Ab.Rahman  Wan Husin (GPM)
         Al-Hamdulillah, Kami dan anak yatim serta fakir miskin bersyukur kerana dapat daging untuk keluarga kami menikmati pada tahun ini. ,Akhirnya kami AYATA mengucap ribuan terima kasih kepada penderma semua dan kami berdoa semuga ALLAH menambahkan lagi rezeki penderma ,AMIN YA RABBAL ALAMIN





 Dato' Bandar Tekseban Takbai iaiatu Saudara Nusantara  Bin  Beraman
serta Kakitangannya

 UstazAzhari Selaku Khatib Masjid Al-Jamik Tabal,Takbai



 Terima kasih






  

วันอาทิตย์ที่ 14 ตุลาคม พ.ศ. 2555

KEM ANAK SOLEH (AYATA)

Program KEM ANAK SOLEH (AYATA) KALI KE -4 .dilaksanakan oleh Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA) bersama masyarakat kampung dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) berlansung selama 2 hari .pada tarikh 13-14 Oktober 2012. Bertempat Di Asrama Sentuhan Sanubari AYATA.

Peserta yang hadir seramai 52 orang kali ini peserta perempuan sahaja yang berumur lingkungan 13-16 tahun yang masih belajar di sekolah Maahad Nuruddin Tabal,Takbai Narathiwat, Selatan Thailand. Penceramah terdiri daripada Ustaz -Ustaz Di maahad dan juga wakil  daripada GPM iaitu Wan Ab.Rahman  Wan Hussin yang datang daripada Kuala Lumpur demi sama-sama membimbing dan mendidik anak -anak yatim dan fakir miskin AYATA.

Program ini berjalan lancar walaupun pada 14 Oktober 2012 adalah hari PILIHAN RAYA DUN DAN PARLIMAN bagi Wilayah Narathiwat keseluruhannya. Al-Hamdulillah, Terima kasih kepada masyarakat serta penderma yang menderma kepada AYATA . lebih-lebih lagi membantu dan menjayakan Program KEM ANAK SOEH kali ini.Jazakallah Kharan Kashira.Allah sahaja yang membalas jasa baik tuan -tuan sekalian,AMIN YA RABBAL ALAMIN.



 

" Badan Kebajikkan Anak Yatim Tabal sedang mencari DERMA MEMBELI KEBUN KELAPA SAWIT sebagai harta wakaf"
Listen to Quran