"ยินดีต้อนรับ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU أهلا وسهلا ومرحبا بكم"



วันจันทร์ที่ 2 กรกฎาคม พ.ศ. 2555

BERAS ANAK AYATA "JUN 2012"

Pada Tarikh 15 JUN 2012 Seramai 180 orang Anak Yatim dan Fakir Miskin serta Warga Mas menerima BERAS satu kapit setiap  setiap seorang.Kami AYATAmengucap ribuan terima kasih serta berdoa semuga penderma ditambahkan rezeki dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik dan semperna


 Beras 180 Kapit Untuk AYATA
 Terima kepada penderma
Wakil Warga Mas
 Al-Hamdulillah,Bersyukur kepada ALLAH

SATU KAPIK BERAS SATU KELUARGA

AYATA telah mengadakan majlis SATU KAPIK BERAS SATU KELUARGA kepada anak yatim dan masyarakat kampung serta orang Dhaif dan juga ibu tunggal seramai 135 keluarga . Ayata telah mengadakan setiap dua bulan sekali.majlis ini di gabung bersama Masjid, Pemuda , Guru, dan juga Badan -badan tertentu yang sama -sama mebantu dan menolong masyarakat yang kurang serta dhaif.
Majlis seumpama ini dapat sambutan oleh semua pihak dan kami AJK AYATA akan menyambungkan Aktiviti seumpama ini berpanjangan semuga golongan yang tertentu dapat merasai kemitmatan.


Kami AYATA mengalu-alukan semua golongan bagi yang mahu berkongsi dalam mensedekah atau menyumbang kepada orang yang benar-benar mampu.maka bolehlah hubungi dengan pihak AJK AYATA TAKBAI,NATRATHIWAT SELATAN THAILAND

BAJU RAYA AIDILFITRI 1433 / 2012



Perkara : Pakaian Hari Raya Aidilfitri 1433 H / 2012 M

          Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal, (AYATA) Takbai, Narathiwas, Selatan Thailand akan membahagi pakaian hari Raya Aidil-Fitri kepada anak yatim di bawah jagaan kami seramai  128  orang dan fakir miskin seramai  40  orang (Jumlah semua 168  orang) yang sedang belajar di sekolah di kawasan Tekseban Takbai. InsyaAllah kami akan membahagi pakaian hari raya kepada anak yatim dan fakir miskin pada hari Ahad 17 Ramadhan 1433 bersamaan 5 Ogos 2012.
            Oleh itu, kami berseru kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari yang mahu berkongsi menderma dan memberi bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin dalam bentuk pakaian hari raya, maka bolehlah berhubung dengan ahli jawatankuasa anak yatim atau pengurus anak yatim Tabal yang bertempat di bangunan Anak Yatim Tabal (AYATA).
 Untuk Maklumat kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari
            1.Baju lelaki atau perempuan              RM: 48.00      sepasang

            2.Anak Yatim dan Mualaf                           128          orang
            3.Fakir miskin                                                   40           orang
            4.Jumlah perbelanjaan semua            RM: 8,064.00

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:

Bank Islam Malaysia Berhad

Cawangan  :  BIMB Kota Bharu 11

No. Akaun: 03-036-02-064329-2


Nama Pelanggan : Nawawi  Junoh

            Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa Anak Yatim Tabal sentiasa berdoa semuga Allah menambahkan lagi rezeki kepada Saudara, Saudari, Muslimin dan Muslimat sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء 

                                                            Sekian Terima Kasih


                                                             ( Nawawi  Yunus )
                                                   Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa
                                                      Tel : 017-9186467 / 013-9355985


KEMPEN RAMADHAN 1433  AYATA

“ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”
21 Jun 2012 bersamaan 1 Saaban 1433
Al-Hamdulillah, meneruskan tradiasi membantu mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadhan, Badan Kebajikan Anak Yatim TAbal (AYATA) sekali lagi tampil menganjurkan kempen Ramadhan 1433. “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.

Tahun lalu, berkat sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, AYATA telah dapat mengumpul dan mengagihkan dana melebihi RM 7,000.

(Tujuh Ribu Ringgit Malaysia),Pihak AYATA telah menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan baik dan menyambut aidilfitri dengan dengan baju raya baru penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Pada tahun ini , AYATA mensasarkan untuk melipatganda lagi jumlah keluarga dan masyarakat yang bakal dibantu. Sumbangan kali ini adalah menaja pek makanan untuk keluarga yang kurang mampu, Majlis Iftar Ramadhan dan Baju Raya Aidilfitri.

AYATA menyeru semua lapisan masyarakat untuk tampil membantu mereka yang kurang mampu dengan mengambil keberkatan Ramadhan yang akan tiba nanti. AYATA juga mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai organisasi, pertubuhan dan perseorangan dalam menjayakan program “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.

Sumbangan anda boleh disalurkan kepada mana-mana AJK AYATA atau melalui : Bank Islam Malaysia Berhad. Cawangan : BIMB Kota Bharu 11
No.Akaun: 03-036-02-064329-2 Nama Pelanggan : Nawawi Junoh

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web.www. ayata-taba.blogspot.com.
atau facebook : ayata. atau emelkan ke 
na-ayata@hotmail.com.

            Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa AYATA sentiasa berdoa semuga Allah menambahkan lagi rezeki anda semua dan juga kaum Muslimin dan Muslimat sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء

“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN”
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa

kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan

 pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi

 pahalanya ”  (HR. At Tarmidzi)


 Majlis Ukur Baju Kepada Anak Yatim Dan fakir Miskin

 Anak Yatim Ukur Baju Untuk Aidil Fitri

 



" Badan Kebajikkan Anak Yatim Tabal sedang mencari DERMA MEMBELI KEBUN KELAPA SAWIT sebagai harta wakaf"
Listen to Quran