Perkara : Pakaian Hari Raya
Aidilfitri 1433 H / 2012 M
Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal,
(AYATA) Takbai, Narathiwas, Selatan Thailand akan membahagi pakaian hari Raya
Aidil-Fitri kepada anak yatim di bawah jagaan kami seramai 128
orang dan fakir miskin seramai 40
orang (Jumlah semua 168
orang) yang sedang belajar di sekolah di kawasan Tekseban Takbai.
InsyaAllah kami akan membahagi pakaian hari raya kepada anak yatim dan fakir
miskin pada hari Ahad 17 Ramadhan 1433 bersamaan 5 Ogos 2012.
Oleh
itu, kami berseru kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari yang
mahu berkongsi menderma dan memberi bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin
dalam bentuk pakaian hari raya, maka bolehlah berhubung dengan ahli
jawatankuasa anak yatim atau pengurus anak yatim Tabal yang bertempat di
bangunan Anak Yatim Tabal (AYATA).
Untuk
Maklumat kepada kaum Muslimin dan Muslimat / Saudara dan Saudari
1.Baju
lelaki atau perempuan RM: 48.00 sepasang
2.Anak
Yatim dan Mualaf 128
orang
3.Fakir
miskin
40
orang
4.Jumlah
perbelanjaan semua RM:
8,064.00
Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:
Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : BIMB
Kota Bharu 11
No. Akaun: 03-036-02-064329-2
Nama Pelanggan
: Nawawi Junoh
Akhir
sekali, kami Ahli Jawatankuasa Anak Yatim Tabal sentiasa berdoa semuga Allah
menambahkan lagi rezeki kepada Saudara, Saudari, Muslimin dan Muslimat
sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء
Sekian Terima Kasih
( Nawawi Yunus )
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa
Tel : 017-9186467 / 013-9355985
KEMPEN
RAMADHAN 1433 AYATA
“ DEKAT DI
MATA LEKAT DI SANUBARI ”
21 Jun 2012
bersamaan 1 Saaban 1433
Tahun lalu, berkat sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, AYATA telah dapat mengumpul dan mengagihkan dana melebihi RM 7,000.
(Tujuh Ribu Ringgit Malaysia),Pihak AYATA telah menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan baik dan menyambut aidilfitri dengan dengan baju raya baru penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Pada tahun ini , AYATA mensasarkan untuk melipatganda lagi jumlah keluarga dan masyarakat yang bakal dibantu. Sumbangan kali ini adalah menaja pek makanan untuk keluarga yang kurang mampu, Majlis Iftar Ramadhan dan Baju Raya Aidilfitri.
AYATA menyeru semua lapisan masyarakat untuk tampil membantu mereka yang kurang mampu dengan mengambil keberkatan Ramadhan yang akan tiba nanti. AYATA juga mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai organisasi, pertubuhan dan perseorangan dalam menjayakan program “ DEKAT DI MATA LEKAT DI SANUBARI ”.
Sumbangan anda boleh disalurkan kepada mana-mana AJK AYATA atau melalui : Bank Islam Malaysia Berhad. Cawangan : BIMB Kota Bharu 11
No.Akaun: 03-036-02-064329-2 Nama Pelanggan : Nawawi Junoh
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web.www. ayata-taba.blogspot.com.
atau facebook : ayata. atau emelkan ke
na-ayata@hotmail.com.
Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa AYATA sentiasa berdoa semuga Allah menambahkan lagi rezeki anda semua dan juga kaum Muslimin dan Muslimat sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء
“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN”
Akhir sekali, kami Ahli Jawatankuasa AYATA sentiasa berdoa semuga Allah menambahkan lagi rezeki anda semua dan juga kaum Muslimin dan Muslimat sekalian. Amin Yarabbal Alamin.جزاكم الله حيرا الجزاء
“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN”
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa
kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan
pahala orang tersebut
tanpa sedikitpun mengurangi
pahalanya ” (HR. At Tarmidzi)
Majlis Ukur Baju Kepada Anak Yatim Dan fakir Miskin
Anak Yatim Ukur Baju Untuk Aidil Fitri
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น